Ahad, 15 Ogos 2010
Bonsai Cucur Atap Sebelum dan Selepas ditrim
Kalau minat bonsai ni boleh saya tunjukkan tempat bonsai jenis cucur atap ni ada, tepi jalan je dari Tembila di Besut sampailah ke Kampung Telaga Papan jalan nak ke Penarik, Terengganu. Spesis ni ada kat area tu je...negeri-negeri lain tak ada bonsai ni. Semua peminat bonsai cari kat area tu je. Jadi beruntuglah orang Terengganu kerana bonsai ini memang ada kat kawasan tu sahaja. Bonsai ni memang manjadi kegilaan ramai di kalangan peminat-peminat seni bonsai kerana kalau di pasaran harganya mencecah beratus hinggalah ke ribuan ringgit. Jadi kalau dah ada satu pasti nak lagi hehehehe...........
Bonsai Cucur Atap Sebelum dan Selepas ditrim
Bonsai Cucur Atap Sebelum dan Selepas ditrim
Assalamualaikum dan jumpa lagi, Selamat berpuasa buat anda semua, dah lama bonsai cucur atap duduk dalam pasu sebelum ditrim. Jadi sampailah masanya untuk semua pokok-pokok bonsai ini dtrim. Inilah hasilnya setelah pokok-pokok bonsai ini ditrim. Proses trim pokok-pokok bonsai dilakukan.
Selasa, 10 Ogos 2010
Bonsai Cucur Atap
Assalamualaikum.....apa khabar semua. Esok dah nak puasa. Jadi di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Berpuasa pada anda semua. Moga-moga dengan kedatangan bulan yang mulia pada kali ini menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan dalam setiap diri kita. Untuk pengetahuan semua ini adalah gambar terbaru bonsai cucur atap yang ada kat rumah saya. Saya cau dulu ok...Bye......
Langgan:
Catatan (Atom)