Rabu, 9 Jun 2010

Bonsai Cucur Atap

Hai semua, lama tak jumpa hehehe, ala baru minggu lepas je kan. Ini adalah sebahagian koleksi cucur atap yang ada kat rumah aku.

Selasa, 1 Jun 2010

Coreng atap dalam pasu

Inilah pokok-pokok bonsai yang aku ambil dah hampir 3 minggu duduk dalam pasu. Aku ambil bersama dengan kawan karibku Emy Hasran huhuhu...Alhamdulillah semua pokok-pokok bonsai coreng atap ini hidup hehehehe, tapi kena selalu siram pokok ni tau. Aku tanam pokok ini menggunakan pasir jenis medium je agar air yang disiram terus turun dan tak meresap ke dalam pasir agar akar pokok tersebut tidak menjadi buruk. Ini koleksi terbaru bonsai coreng atap yang aku ada.

Operasi Mengali Bonsai Coreng Atap


Untuk pengetahuan semua, aku bersama  rakan-rakan meluangkan masa cuti kami untuk 1 hari ke lokasi yang di mana letaknya Bonsai Coreng Atap/Cucur Atap atau nama saintifiknya 'Beackea Frutescens' di Kampung Pengkalan Kubor di Daerah Setiu, Terengganu. Dalam perjalanan nak ke sana dari Kota Bharu, Kelantan memakan masa lebih kurang 2 jam tapi tak apa pokok punya pasal jauh pun sanggup juga pergi. Kami pergi dengan kenderaan masing-masing dan berkumpul di Pantai Irama Bachok dan seterusnya ke lokasi pencarian bonsai yang kami inginkan. Sungguh indah perjalanan bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Ketika sampai di lokasi mata terus terlihat dengan sekumpulan bonsai-bonsai cucur atap. Best memang best. Walau pun penat tapi suka hati tau. Kami bawa balik tunggul-tunggul cucur atap untuk ditanam di dalam pasu sebagai koleksi peribadi bonsai kami.

Bonsai Bunga Kertas

Apa macam ok ke?

Lama tak bikin blog ni..........

Assalamualaikum buat semua, dah lama aku tak bikin buat blog ni. Aku nak tunjukkan koleksi terbaru pokok-pokok bonsai dalam taman mini aku.

Khamis, 25 Februari 2010

Lawatan ke Kuari

Masa dalam perjalanan pulang dari Jeli, Kelantan ke Kota Bharu, Kelantan, aku sempat singgah untuk mengambil data GPS di kawan kuari batuan jenis Granit. Sekejap je singgah coz keadaan panas waktu ni tambahan pula kami dah nak balik rumah hehehehe...

Isnin, 1 Februari 2010

TERSESAT DALAM HUTAN DI LOJING, GUA MUSANG






Lokasi pencarian Mata Air Panas di HS 6 telah dijumpai namun setelah kerja-kerja selesai kami bertiga tersesat di dalam hutan lebih kurang 4 jam sebelum kami menemui jalan pulang. Tambahan pula kami bertiga tidak membawa air dan terpaksa minum air sungai yang berdekatan dengan tempat yang kami lalui. Penat memang penat............